
Untuk mencapai kemajuan dalam arus ketamadunan masa kini, kita tidak harus lagi pandang kebelakang.Kalau asyik melihat kebelakang, maka kita akan hilang tumpuan untuk bersaing kehadapan. Ramai pakar-pakar ekonomi, motivasi, politik dan cerdik pandai sering menasihat kita supaya jangan pandang belakang. Namun ada sesetengah perkara yang perlu kita pandang kebelakang dan diambil sebagai satu sumber inspirasi yang amat beharga bagi menjamin kejayaan mencapai kemajuan.
Sejarah merupakan satu peristiwa dan tindakan yang telah berlaku yang melalui satu proses dan sebab- sebab tertentu. Ia dianggap sebagai satu sejarah apabila ianya merupakan satu fakta yang tepat dan benar. Sekiranya fakta tidak tepat dan tidak benar, ia tidak boleh di gazet sebagai sejarah. Sejarah juga mesti lah satu peristiwa yang penting dan bermakna. Sekiranya peristiwa yang berlaku itu tidak penting,maka ia juga tidak boleh dikategorikan sebagai satu sejarah.Sebagai contoh seperti peristiwa yang berlaku setiap hari kita memakai pakaian atau makan dan minum yang sudah pasti berlaku dan tidak sama setiap hari yang dilalui. peristiwa yang berlaku yang tidak penting itu tidak dikatogerikan sebagai sejarah.
Sejarah juga mestilah berlaku mempunyai sebab dan akibat. Sejarawan mengkaji sebab dan akibat sesuatu peristiwa yang berlaku dan perlu mengetahui apa, siapa, bila, dimana, mengapa dan bagaimana ianya berlaku. Sebagai contoh ialah kemasukan buruh cina dan india ke tanah melayu semasa penjajahan British adalah untuk mengatasi masalah kekurangan buruh. Akibatnya muncul masyarakat berbilang kaum di malaysia pada hari ini.
Sejarah mempunyai dua sumber utama untuk di kaji iaitu sumber primer dan sumber sekunder.Sumber primer atau sumber pertama ialah bahan dalam bentuk fosil,artifak, kertas dan keterangan lisan yang belum diolah atau dicetak.ianya bersifat asli.
Manakala Sumber Sekunder atau sumber kedua merupakan bahan kajian melalui bahan bacaan bertulis yang telah diolah dan dicetak seperti Ensiklopedia, akhbar, risalah, dokumentasi, jurnal dan sebagainya.
Sejarah ketamadunan awal bangsa melayu bermula di zaman pra sejarah yang telah melalui tiga zaman ketamadunan bangsa melayu.Zaman pertama dikenali sebagai zaman Paleolitik yang telah ujud antara 200 000 ribu tahundahulu. Ini telah dapat dibuktikan melalui fakta tepat dengan kewujudan penempatan perak man di kota Tsmpan, Bukit jawa, Bukit Bunuh Lenggong perak. Gua Niah sarawak, dan tingkayu Sabah.
Seterusnya Zaman ketamadunan kedua Zaman Neolitik yang wujud sekitar 7000 tahun dahulu.Fakta sejarah membuktikan penemuan artifak di Gua Cha kelantan dan Bukit Tengkorak sabah.
Manakala zaman ketiga dikenali sebagai zaman Logam yang telah wujud sekitar 4000 tahun dahulu. Fakta sejarah menunjukkan penemuan beberapa lokasi seperti Sungai Tembeling Pahang, Gua Harimau Perak dan Changkat Menteri Perak.
Namun kajian sejarah telah telah membuktikan bahawa bangsa melayu tidak melalui zaman mesolitik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan