
Sejarah telah membuktikan masyarakat melayu Proto dan melayu negrito merupakan satu etnik atau bangsa pertama yang menduduki kawasan asia tenggara.
Kerajaan awal yang muncul di Kepulauan melayu dikategorikan kepada dua jenis iaitu kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim.Kerajaan agraria merupakan kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi pertanian sebagai sumber utama. Manakala kerajaan maritim merupakan kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi perdagangan sebagai sumber utama kerajaan.Lazimnyan kerajaan maritim ini terletak di kepulauan dan di muara- muara sungai.
Contoh kerajaan agriria yang pertama wujud di kepulauan melayu ialah kerajaan Angkor dan Kerajaan Funan. Kerajaan Angkor telah diasaskan pada abad ketujuh masihi yang berpusat di hilir sungai mekong.Manakala kerajaan funan terletak di Vyadhapura yang terletak di persisir laut china selatan.
Contoh kerajaan maritim ialah kerajaan Chi Tu, Kerajaan Srivijaya,Kedah Tua dan Majapahit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan