Selasa, 15 September 2009

Keupayaan Dan Kegigihan Parameswara Memajukan Kerajaan Melaka


Sebagai seorang Raja dan pemimpin melayu yang berkaliber dan berwawasan tinggi, parameswara telah menjalankan satu sistem pemerintahan yang sistematik dan bersepadu.Langkah yang diambil ialah menyusun sistem pemerintahn yang teratur,menyediakan kemudahan pelabuhan bertaraf antarabangsa, menjalinkan hubungan diplomatik, bekerjasama dengan orang laut dan memperkenalkan konsep Daulat kepada rakyat jelata.
Parameswara telah melantik 40 orang sebagai bentara unutk menjalankan tugas pemerintahan diraja.Untuk kemedahan pelabuhan, parameswara telah menyediakan Limbungan untuk membaiki kapal, bekalan air bersih,tenaga kerja dan tempat penginapan untuk padagang dari pelbagai bangsa.Dari sudut hubungan diplomatik, parameswara telah mengambil langkah berbaik dengan kerajaan siam.Langkah bijak ini dilakukan supaya siam tidak lagi berhasrat untuk menyerang melaka.Parameswara juga telah membuat hubungan diplomatik dengan China. ini terbukti melaluai serombongan delegasi china yang diketuai oleh laksamana Yin Ching pada 1404 dan di susuli delegasi yang diketuai oleh Laksamana Cheng HO pada 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari china dengan memberi ufti dan kerajaan china mengurniakan barangan seperti Payung kuning, Cap mohor dan Sepersalinan pakaian.
Bagi menjamin keselamatan di perairan laut, parameswara telah turun padang bertemu dengan ketua- ketua orang laut yang terkenal dengan kecekapan di laut dan mempunyai ciri-ciri kepahlawanan yang kental.Mengikut catatan Tom Pires dan De Barros,pusat penempatan orang laut terletak di Bentan, Temasik dan Lingga.
Menurut sejarah melayu catatan Tun Sri Lanang, hubungan raja dengan rakyat diumpamakan seperti berikut" Rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak akan dapat berdiri." Parameswara telah memperkenalkan satu sistem one malayu apabila ia telah menggabungkan masyarakat orang asli yang terkenal dengan pembekal hasil hutan dan penjaga keselamatan hutan, orang laut yang terkenal dengan pembekal hasil laut dan penjaga keselamatan laut dan orang melayu yang menjadi ketua-ketua masyarakat yang memegang jawatan seperti hulubalang,biduanda dan petani. Dari sini berlakulah apa yang di panggil sebagai konsep ikatan daulat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan