
Kesultanan melayu melaka telah diasaskan oleh Paramerwara sekitar tahun 1400 masihi. Parameswara merupakan seorang putera raja dari kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang.
Raja Paramesmara telah berhijrah ke Melaka kerana tidak lagi dapat mempertahankan Palembang dari serangan kerajaan Majapahit. Akibat tekanan yang kuat akibat serang majapahit telah menyebabkan parameswara dan beberapa orang pengikut telah berundur ke Temasik(Singarura).Semasa di temasik, parameswara telah di sambut baik oleh Temagi, wakil siam di Temasik.Ketika itu Temasik terletak di bawah naungan siam.Parameswara mendapati Temasik merupakan sebuah kawasan yang sangat berpotensi dimajukan.oleh itu parameswara menuntuk hak ketuanan dari siam kerana suatu ketika dahulu temasik adalah di bawah naungan kerajaan srivijaya. Tindakan parameswara tidak di restu oleh siam dan akhirnya parameswara telah membunuh Temagi.Lantaran itu, siam telah menuntut bela dan majapahit telah dapat menghidu parameswara di temasik.
Parameswara dan pengikutnya terpaksa berundur ke muar. Di muar parameswara tidak mendirikan kerajaan atas faktor keselamatan.Lantas parameswara bersama pengikutnya meneruskan perjalan ke utara melalui sungai Sening dan Bertam terus ke melaka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan