Sabtu, 16 Oktober 2010
Khamis, 17 September 2009
Zaman Kegemilangan Melaka Yang Unggul

Fakta telah membuktikan bahawa di zaman pemerintahan sultan melaka, sistem pemerintahan yang sistematik telah diperkenalkan yang dikenali sebagai sistem pembesar empat lipatan untuk melicinkan urusan pentadbiran kerajaan.
Sistem itu dapat diklasifisikasikan seoerti berikut;
- Sultan/Raja
- Pembesar Berlapan -Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Laksamana.
- Pembesar Enam belas -
- Pembesar tiga puluh dua
1-Pembesar Berempat;
a) Bendahara(Penasihat Sultan/ Pemangku Sultan)
b) Penghulu Bendahari( Ketua Urusetia Istana/Ketua Pemungut Cukai)
c) Temenggung( Ketua Polis/Penjara/Hakim Darat/Ketua Protokol Istana)
d) Laksamana(Ketua Angkatan Laut Melaka/Pengawal Peribsdi Raja/Ketua Duta)
Pembesar Berlapan
a) Tun Perpatih(Seri Wak Raja)
b) Seri Amar Diraja
c) Tun Perpatih Sadang(Seri Wak Raja)
d) Tun Ali( Seri Nara Diraja)
e) Tun Perak( Paduka Raja)
f) Tun Perpatih Putih
g) Tun Mutakhir( Seri Maharaja)
h) Paduka Tun( Bendahara Lubuk Batu/Tepok0
Melaka sebagai pusat perdagangan Antarabangsa.
Kedudukan Geografi(terletak dipertengahan laluan perdagangan timur dan Barat/Terletak di muara sungai melaka/Terlindung tiupan Angin monsum Timur laut dan Barat daya/ Muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untuk kapal belayar.
Selasa, 15 September 2009
Keupayaan Dan Kegigihan Parameswara Memajukan Kerajaan Melaka

Sebagai seorang Raja dan pemimpin melayu yang berkaliber dan berwawasan tinggi, parameswara telah menjalankan satu sistem pemerintahan yang sistematik dan bersepadu.Langkah yang diambil ialah menyusun sistem pemerintahn yang teratur,menyediakan kemudahan pelabuhan bertaraf antarabangsa, menjalinkan hubungan diplomatik, bekerjasama dengan orang laut dan memperkenalkan konsep Daulat kepada rakyat jelata.
Parameswara telah melantik 40 orang sebagai bentara unutk menjalankan tugas pemerintahan diraja.Untuk kemedahan pelabuhan, parameswara telah menyediakan Limbungan untuk membaiki kapal, bekalan air bersih,tenaga kerja dan tempat penginapan untuk padagang dari pelbagai bangsa.Dari sudut hubungan diplomatik, parameswara telah mengambil langkah berbaik dengan kerajaan siam.Langkah bijak ini dilakukan supaya siam tidak lagi berhasrat untuk menyerang melaka.Parameswara juga telah membuat hubungan diplomatik dengan China. ini terbukti melaluai serombongan delegasi china yang diketuai oleh laksamana Yin Ching pada 1404 dan di susuli delegasi yang diketuai oleh Laksamana Cheng HO pada 1405 dan 1409.Parameswara memohon perlindungan dari china dengan memberi ufti dan kerajaan china mengurniakan barangan seperti Payung kuning, Cap mohor dan Sepersalinan pakaian.
Bagi menjamin keselamatan di perairan laut, parameswara telah turun padang bertemu dengan ketua- ketua orang laut yang terkenal dengan kecekapan di laut dan mempunyai ciri-ciri kepahlawanan yang kental.Mengikut catatan Tom Pires dan De Barros,pusat penempatan orang laut terletak di Bentan, Temasik dan Lingga.
Menurut sejarah melayu catatan Tun Sri Lanang, hubungan raja dengan rakyat diumpamakan seperti berikut" Rakyat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya, jikalau tiada akar, nescaya pohon tidak akan dapat berdiri." Parameswara telah memperkenalkan satu sistem one malayu apabila ia telah menggabungkan masyarakat orang asli yang terkenal dengan pembekal hasil hutan dan penjaga keselamatan hutan, orang laut yang terkenal dengan pembekal hasil laut dan penjaga keselamatan laut dan orang melayu yang menjadi ketua-ketua masyarakat yang memegang jawatan seperti hulubalang,biduanda dan petani. Dari sini berlakulah apa yang di panggil sebagai konsep ikatan daulat.
Asal Usul Nama Melaka

Menurut sejarah, nama melaka di ambil sempena sepohon pokok melaka yang menjadi tempat pertama parameswara berteduh sambil menyaksikan satu peristiwa pelik seekor pelanduk putih telah menendang anjing perburuan diraja dan tercampak ke dalam sungai.
Nama melaka juga dikatakan berasal di bahasa arab yang berbunyi malaqah yang bermaksud pertemuan atau malakat yang bermaksud himpunan segala dagang.
Melaka juga dikaitkan dengan mitos hindu yang berasal dari poko pertama tumbuh di duni iaitu Amalaka tempat kediaman dewa brahma, vishnu dan Shiva.
Pengasas Kerajaan dan kesultanan melayu Melaka

Kesultanan melayu melaka telah diasaskan oleh Paramerwara sekitar tahun 1400 masihi. Parameswara merupakan seorang putera raja dari kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang.
Raja Paramesmara telah berhijrah ke Melaka kerana tidak lagi dapat mempertahankan Palembang dari serangan kerajaan Majapahit. Akibat tekanan yang kuat akibat serang majapahit telah menyebabkan parameswara dan beberapa orang pengikut telah berundur ke Temasik(Singarura).Semasa di temasik, parameswara telah di sambut baik oleh Temagi, wakil siam di Temasik.Ketika itu Temasik terletak di bawah naungan siam.Parameswara mendapati Temasik merupakan sebuah kawasan yang sangat berpotensi dimajukan.oleh itu parameswara menuntuk hak ketuanan dari siam kerana suatu ketika dahulu temasik adalah di bawah naungan kerajaan srivijaya. Tindakan parameswara tidak di restu oleh siam dan akhirnya parameswara telah membunuh Temagi.Lantaran itu, siam telah menuntut bela dan majapahit telah dapat menghidu parameswara di temasik.
Parameswara dan pengikutnya terpaksa berundur ke muar. Di muar parameswara tidak mendirikan kerajaan atas faktor keselamatan.Lantas parameswara bersama pengikutnya meneruskan perjalan ke utara melalui sungai Sening dan Bertam terus ke melaka.
